Saturday, September 6, 2008

Berita baik untuk semua penerima biasiswa di UMT

Assalamualaikum w.b.t semua (mode bulan puasa heh heh) dan salam sejahtera...
Anyway berita baik untuk semua siswazah / pemegang biasiswa NSF, PASCA atau SKS. Sebentar tadi telah diadakan sesi dialog antara Pengarah AKUATROP (Prof. Faizah), Dekan GS (Prof. Azmi) dan En. Safre dengan semua siswazah AKUATROP bertempat di bilik mesyuarat AKUATROP. Maka isu biasiswa yang masih belum di'release'kan selama 3 bulan itu telah dibangkitkan.
Menurut Prof. Azmi, masalah timbul akibat senat masih belum meluluskan result M/TM semester lepas. Ini berlaku kerana masih ada penyelia yang masih belum menghantar keputusan tersebut ke GS mengakibatkan penangguhan kelulusan tersebut. Menurut beliau lagi biasiswa hanya boleh di'release'kan setelah result tersebut diluluskan senat. Ini adalah prosedur so perlulah diikuti.
Walau bagaimanapun, Prof. Azmi menyatakan bahawa kesemua duit biasiswa itu akan dimasukkan kedalam akaun penerima selewat-lewatnya minggu ini atau minggu depan. Tetapi ini tertakhluk kepada penerima biasiswa yang keputusan semester lepasnya telah diterima GS. Oleh itu, anda semua (para penerima biasiswa sekalian) diminta menyemak di GS samaada keputusan semester lepas anda telah diterima atau tidak beserta statusnya sekali samaada M, TM atau TL. Jika result tersebut belum diterima, anda diminta untuk berjumpa dan berbincang sendiri dengan penyelia anda kerana difahamkan pihak GS telah pun banyak kali menghubungi mereka.
So kawan2 sekalian, harap korang semua berasa lega ok. Kalau dah dapat tu guna duit wisely. Jangan membazir heh heh. Aku dah check dah status result aku so korang gi la check sendiri takkan aku lak nak check kan kan???So semak-semak lah akaun anda minggu ini dan minggu depan ok!!

No comments: