Saturday, April 19, 2008

Housemate wanted

Housemate wanted among postgrads (girls) URGENT!!!. 5 person needed. Details:

Location: Taman Maidam
Fully furnished
Rent: RM115 per person

Interested? Lease contact mimi (AKUATROP postgrad) @ 0127214918.

Friday, April 18, 2008

ON BEING A SUCCESSFUL GRADUATE STUDENT IN THE SCIENCES


John N. Thompson

University of California, Santa Cruz




Tetapkan Sasaran dan Milestone

Tetapkan sasaran – masa panjang, bulanan, mingguan dan harian. Bertujuan untuk memastikan kita menggunakan masa sebaik mungkin. Jika tidak, masa pasti terlepas dari genggaman kita sebegitu sahaja.


Displin Diri

Setelah kita tetapkan sasaran, kita seharusnya mendisplinkan diri untuk mencapai sasaran kita. Tanpa displin, tiada guna sasaran dan jadual yang telah dirangka.

Begitu juga, pastikan keutamaan (priority) kita dalam menjalankan penyelidikan kita. Apa yang harus diutamakan? Kenali dan ketahui apa yang sangat penting, penting, tidak penting dan sangat tidak penting.

Dari sudut penulisan (writing), Thompson menyatakan sesuatu yang menarik:

Set aside a block of time each day and let nothing, absolutely nothing, interfere with that time. Some days, you may produce no more than a few sentences during several hours. Other days will be better. The important thing is to avoid the temptation to get up after half an hour of producing nothing and go to the departmental office for some coffee or pick up something to read. Do not let yourself succumb to the easiest cop out of all: I just do not have it today; I will try again tomorrow.

Beliau sangat menekankan penetapan masa bagi menhasilkan penulisan yang baik dan masa yang ditetapkan perlu dipatuhi tanpa sebarang kompromi. Displin diri menjadi kunci kekuatan bagi menuju ke arah ini.



Rancangkan kerja mingguan dan produktif.

Kadangkala, ada kerja lapangan dan eksperimen yang kita jalankan memakan masa yang lama, disamping memerlukan kosentrasi yang penuh. Rancangkan kerja kita secara mingguan dan pastikan setiap sasaran mingguan kita dicapai. Jalankan kerja-kerja kita secara teratur, tersusun, penuh konsentrasi. Tetapi jangan lupa untuk merancang bagi kita bersosial dalam setiap minggu.




Letakkan diri anda sebagai seorang professional.

Jangan letakkan diri anda sebagai pelajar siswazah yang average. Bayangkan diri anda sebagai seorang professional dalam pengajian anda. Bukan berlagak sebagai professional, tetapi attitude sebagai professional itu sebenarnya yang diperkatakan Thompson.


Luaskan pembacaan

Tidak semestinya kita membaca 100 jurnal yang berkait rapat dengan bidang kajian kita. Kita perlu juga mengetahui subdisplin-subdisplin bidang kita. Cara terbaik bagi menguasai bidang kajian kita ialah dengan membaca jurnal-jurnal dari major subdisplin bidang kajian kita.

……………………………………………………………………………………

Ini adalah intipati-intipati penulisan Thompson dalam jurnalnya ON BEING A SUCCESSFUL GRADUATE STUDENT IN THE SCIENCES. Sangat membantu pelajar siswazah mengatur diri dan membuat persediaan.

Bagi pembacaan lebih lanjut dan secara menyeluruh, sila dapatkan di http://www.aimini.net/view/?fid=m78bu4h7Y9AELhI1mFu8



regards,

Azmi Ismun

Kuala Koh, Nerd Crew Experimental Playground - Journey Photo

16 NERD crews, near Tasik Kenyir.

-----------------------------------------------------------------------
Some photos on great views of Tasik Kenyir. So relaxing.

-----------------------------------------------------------------------
Gave some posses before rode on a long boat



Kepeng commanding the boat to isolated camping site


Symbol of Peaceness


Again. Double Shot of Peaceness. Plus big smile.


Chibone leading the BBQ session. Maimon's Protege.


Zaza couldn't hardly wait for Tubing even after tragedi hanyut the day before.


Water Confident. Konon.


Chibone kate perutnya cramp.


After some series of bullies, Fifi (not a real name) decided to go on her own.


First time in human history. Tube became an ERL, in water. Rapid KL should be felt threated.


Let's sing together: Siapa gembira angkat tangan...

Jungle tracking. Fifi (not a real name) just need to wear a pair of socks for this adveture part. Bravo!

--------------------------------------------------------------------------------

The very last posses. But not least.
Kuala Koh, you were conquered.

--------------------------------------------------------------

We have plan to return to Kuala Koh in near future. We hope that the participant will be greater than this. Also we hope too, from other PTJs, to join us. We are welcoming you.

Tuesday, April 15, 2008

Interesting article for all of us...

TAKEN FROM UTUSAN MALAYSIA 15 May 2008...
Bukan mudah dapat PhD

Oleh Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil

Tulisan Adam Kadir berjudul Pemakaian ‘Dr.’ Perlu Pengiktirafan Rasmi dalam Utusan Malaysia (8 April 2008) ada kebenarannya. Dalam usaha Kementerian Pengajian Tinggi yang meletakkan sasaran 100 ribu pemegang PhD menjelang 2015, maka ramai yang secara tiba-tiba menggunakan gelaran tersebut.

PhD atau Doktor Falsafah mengikut kamus Oxford Advanced Learner‘s Dictionary ialah ijazah tertinggi yang dianugerah oleh sesebuah universiti. Penganugerahan tersebut dibuat setelah calon berjaya membuat penyelidikan yang mencapai standard PhD dalam sesuatu bidang.

Pendek kata, ijazah PhD bukanlah suatu ijazah yang mudah diperoleh. Ia melalui satu proses pembelajaran dan penyelidikan yang tinggi mutunya sesuai dengan status ketinggian ijazah tersebut.

Kebanyakan universiti di Malaysia dan United Kingdom misalnya, tempoh minimum pengajian PhD mengambil masa tiga tahun, dan tempoh maksimum enam tahun sekiranya dibuat secara sepenuh masa. Bagi pengajian separuh masa tempoh yang diberi adalah sehingga lapan tahun bagi sesetengah universiti.

Manakala pengajian PhD secara jarak jauh banyak membawa perdebatan yang bersetuju dan ada yang menentang. Ada yang mendakwa mendapat Ijazah PhD dari sebuah universiti terkemuka di luar negara tetapi malangnya, universiti itu tidak diberi pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ini kerana, peranan JPA adalah untuk menjaga ‘taraf dan mutu’ sesuatu ijazah yang dianugerahkan oleh sesebuah universiti. Maka tidak hairanlah JPA tidak mengiktiraf sesetengah ijazah walaupun di peringkat Sarjana Muda dengan alasan ia tidak mencapai mutu dan standard yang dikehendaki dalam satu-satu bidang berkenaan.

Dalam menyahut cabaran Kementerian Pengajian Tinggi yang mahukan ramai pemegang PhD di kalangan pensyarah, sudah tentulah ramai di kalangan kakitangan akademik ‘terpaksa’ menyambung pengajian mereka ke peringkat PhD. Sebagai seorang pensyarah, penulis berpendapat pensyarah yang tidak memiliki Ijazah PhD ‘belum sempurna keilmuannya’ kerana dengan melalui pengajian di peringkat tersebut, seseorang akan didedahkan method pengajian dan penyelidikan yang cukup tinggi nilai, mutu dan standardnya.

Sesebuah tesis yang dihasilkan dalam masa pengajian tiga hingga empat tahun misalnya, akan membuahkan satu teori atau penemuan baru dalam satu-satu bidang. Malah, kalau ia tidak membuahkan satu teori baru, ia tidak dianggap tesis PhD. Begitu juga, kalau ia tidak membuktikan satu hasil penyelidikan yang tidak ada tolok bandingnya.

Sesebuah tesis PhD akan melalui banyak proses – daripada cadangan (proposal) dan mempertahankan cadangan tersebut (defend proposal) di peringkat universiti yang akan dinilai oleh pakar-pakar dalam bidang tersebut, baik dari segi kandungan dan juga pendekatan methodologi.

Seseorang yang telah melalui pengalaman ini, sudah tentu merasai pahit maung dikritik dan ‘dibelasah’ dalam sesi defend proposal.

Terdapat juga pendekatan upgrading dari M. Phil ke PhD yang diamalkan terutama mereka yang membuat pengajian di United Kingdom. Bagi mereka ini, tempoh setahun hingga setahun setengah merupakan tahun getir kerana tanpa berjaya melalui upgrading ke PhD, seseorang itu dianggap gagal memperolehi ijazah PhD.

Dalam melihat keaslian dan kesahihan penyelidikan yang dibuat, kebanyakan universiti di Malaysia mahupun luar negara mensyaratkan pemeriksaan melalui viva secara oral. Ini bagi memastikan penyelidik tersebut benar-benar ‘mendalami’ hasil kajian yang dibuat dalam tesis PhDnya.

Ia juga bertujuan untuk melihat kesahihan penyelidik tersebut. Maka tohmahan bahawa sesebuah tesis PhD boleh diperolehi melalui upahan akan terjawab dalam proses viva. Ini kerana, kadang-kadang pemeriksa akan bertanya soalan-soalan sampingan yang tiada kaitan dengan kajian tesis PhD tersebut.

Dalam hal ini, penulis banyak melihat kawan-kawan yang sama-sama berjaya memperolehi PhD dan tidak ketinggalan, ramai juga yang gagal. Kalau diambil tempoh pengajian tiga hingga empat tahun untuk tamat pengajian, agak sedikit mereka yang lulus dalam tempoh ini. Ada yang mengambil sehingga 10 tahun untuk tamat pengajian.

Bagi mereka yang gagal, mungkin kerana nasib tidak menyebelahi mereka. Dalam pengamatan penulis, terdapat kawan-kawan yang rajin dan tekun serta berdisiplin semasa pengajian, tetapi nasib tidak menyebelahi mereka di mana penyelia meninggal dunia atau bertukar tempat. Maka pengajian PhD itu terbengkalai akibat keadaan itu kerana tiada pensyarah lain yang boleh menyelia tesis tersebut justeru kerana bukan bidang kepakaran atau kemahiran mereka.

Maka, persoalannya, bagaimana tergamak seseorang insan itu sanggup menggelarkan dirinya seorang ‘Dr.’ seandainya beliau tidak melalui proses ‘kepenatan’ dan ‘kesengsaraan’ mental, emosi dan fizikal dalam menyiapkan penyelidikan PhD tersebut.

Seperti yang dinukilkan oleh Prof. Dr. Kamil Ibrahim dalam bukunya PhD Kecil Tapi Signifikan, UPENA, UiTM (2005), ijazah PhD ialah suatu keperluan akademik yang sangat perlu di universiti seandainya seseorang itu mahu dianggap sebagai seorang scholar.

Beliau menambah, “PhD merupakan suatu proses unik. Ramai yang mencuba untuk mendapatkannya, tetapi ramai yang kecundang. Mereka yang berjaya pula melalui pelbagai halangan. Ada orang mengatakan ia suatu proses yang cukup perit dan meletihkan.”

Tambahan pula, “terlalu sedikit yang dapat menyiapkan pengajian mereka tepat mengikut jadual. Apatah lagi untuk mencari mereka yang tamat kurang dari tiga tahun. Ia boleh dibilang dengan jari.”

Demi menjaga mutu dan standard sesebuah ijazah PhD yang dianugerahkan oleh sesebuah universiti, sudah tentulah tesis itu akan dinilai oleh peers dalam bidang berkenaan terlebih dahulu sebelum dinilai oleh pihak pemeriksa luar.

Bagi Universiti Malaya sebagai contohnya, amalan sekarang ialah pemeriksa luar bagi tesis PhD mestilah seorang profesor yang memiliki PhD dan disyaratkan mesti dari luar negara. Sudah tentulah proses untuk mendapat ijazah PhD bukannya mudah tetapi semakin susah.

Mengambil kira faktor-faktor di atas, amat wajar saranan Adam Kadir supaya pihak JPA memainkan peranan pengiktirafan sesebuah ijazah PhD walaupun ia datang dari Barat. Ia hendaklah melalui proses pengajian PhD sebenar walaupun ia dibuat secara jarak jauh. Bagi mereka yang suka memakai gelaran ‘Dr.’ walaupun gagal kerana terkandas di tengah jalan, pertanyaan ikhlas penulis ialah, apakah mereka ini tidak merasa malu dan dipandang serong oleh kawan dan orang awam.

Sebagai contoh, memang terdapat mereka yang membuat pengajian PhD di luar negara secara jarak jauh dan tiba-tiba meletakkan nama ‘Dr.’ Apakah mereka ini memang melalui pengajian PhD dalam erti kata sebenar?

Terdapat pensyarah yang gagal memperoleh PhD setelah melalui pengajian sepenuh masa dan kemudian berusaha lagi dengan membuatnya secara jarak jauh. Namun ia tidak diiktiraf oleh universiti berkenaan, maka dengan sendirinya dia rela menerima ‘pelucutan’ penggunaan gelaran ‘Dr.’

Maka penulis mencadangkan supaya pengiktirafan penggunaan gelaran ‘Dr.’ hendaklah diperketatkan. Pihak JPA hendaklah diberi peranan dalam memberi pengiktirafan tersebut.
Bagi pensyarah di universiti, pengiktirafan ini boleh diturun kuasa oleh JPA kepada Kementerian Pengajian Tinggi yang kemudian akan memberi pengiktirafan tersebut.

Masalahnya ialah bagi mereka yang bekerja sendiri atau di sektor swasta, gelaran ‘Dr.’ juga mesti dibuat pengiktirafan oleh pihak JPA. Selagi mana pengiktirafan tersebut tidak diperoleh, seseorang individu dilarang sama sekali mengguna gelaran tersebut.

Bagi mereka yang mendapat ijazah PhD dari universiti bagus dan menggunakan gelaran tersebut tanpa pengiktirafan oleh pihak JPA, adalah dicadangkan supaya satu undang-undang mengenai salah laku penggunaan gelaran ‘Dr.’ hendaklah dibuat demi menjaga kemurnian dan kesarjanaan seseorang yang bergelar ‘Dr.’
Interesting ....So guys and girls fella postgrad.....what's your opinions???